Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

DOA PELEMBUT HATI


 

Maksudnya:

Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa ( Asy Syuura –ayat 19(42)

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga ( di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.
(ALI’IMRAN- 200 ( 3) )

CARA BER’AMAL

1 Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini.

2 Jadikan ‘amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu.

3 Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur.

Kaedah

i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri.

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku

Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah.

iii. Kemudian baca doa di atas.

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X.
 

*** Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari

Allah.

*** Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri

dan baca doa di atas.


 

DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI

  1. Untuk melembutkan hati orang.
  • a). Istighfar 3 x

    b). Niatkan dalam hati : Ya Allah lembutkan hati suamiku dan berilah taufik hidayah kepadanya.

    c). Baca doa ini kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah suami dan tiup pada tengkuknya 3 x.

    ‘ Amalkan setiap lepas solat fardhu.